Pada tahun 2012, ayah saya didiagnos menghidap barah usus tahap 3 dan meninggal dunia pada tahun berikutnya. Malangnya, sebagai anak sulung, tanggungjawab menguruskan harta pusaka arwah ayah, tidak dapat saya laksanakan kerana saya sendiri masih belajar di luar negara pada ketika itu dan memang tidak tahu langsung prosesnya. Pusaka arwah tidak lah banyak tetapi disebabkan tidak tahu cara, proses yang sepatutnya boleh selesai dalam 6-8 bulan akhirnya mengambil masa 3-4 tahun baru selesai semuanya. Disebabkan itu, saya nekad membantu mereka yang ingin merancang harta atau menguruskan pusaka ahli keluarga.