5 Instrumen Pelaburan & Simpanan Anak-Anak Untuk Masa Depan Yang Boleh Ibubapa Sediakan Semasa Mereka Bayi Lagi!

Instrumen Pelaburan dan Simpanan Anak

Sebagai ibubapa, kita semua mesti inginkan yang terbaik untuk anak.

Segala keperluan anak mesti disediakan sebaiknya, daripada makanan, pakaian, kesihatan dan pendidikan.

Semua ini memerlukan kepada perancangan kewangan yang teliti dan dibuat seawal anak masih kecil lagi.

Oleh itu ibubapa perlu merancang simpanan anak-anak walaupun ketika mereka masih bayi lagi.

Dalam post ini saya akan kongsikan perkara yang perlu anda sediakan untuk pelaburan dan simpanan anak.

5 Instrumen Pelaburan & Simpanan Anak

1) ADAM50

Lahir-lahir boleh terus dapat RM200!

Mungkin ramai yang dah tahu, kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah melaksanakan satu program khusus untuk bayi yang baru lahir yang dinamakan Amanah Dana Anak Malaysia 50 (ADAM50).

Setiap bayi yang baru lahir akan diberikan dana tabungan sebanyak 200 unit atau RM200 di dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera dan akaun Amanah Saham 1Malaysia bagi bayi bukan Bumiputera.

Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM) 50

Bayi tersebut mestilah lahir antara 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022 dan dana tabungan tersebut hanya boleh dikeluarkan ketika bayi tersebut mencecah umur 18 tahun.

Anda cuma perlu bawa Mykad anda (ibu @ bapa) dan Mykid anak ke mana-mana cawangan pejabat ASNB ataupun pejabat ejen ASNB seperti Maybank, CIMB & Pos Malaysia.

Daftar cepat, kerana anda hanya boleh memohon ADAM50 sehingga usia anak setahun sahaja.

2) SSPN-i & SSPN-i Plus

SSPN merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh PTPTN untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

SSPN-i Plus pula skim penambahbaikan daripada SSPN-i dengan tambahan sumbangan bulanan untuk takaful.

Nanti bila anak perlu duit untuk masuk IPT, takperlulah sampai kita kena korek tabung atau jual aset tanah atau rumah yang ada.

Pendaftaran akaun SSPN-i Plus boleh dilakukan terus secara online tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan pejabat PTPTN.

*Link untuk buka akaun SSPN-i

https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/

3) Hadiah Kerajaan Negeri

Berbeza mengikut kerajaan negeri masing-masing, ada yang memberikan hadiah sempena dengan kelahiran bayi.

Contohnya Negeri Selangor memberikan sebanyak RM1,500 ke dalam tabung simpanan bagi setiap bayi yang baru lahir yang dinamakan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Walaubagaimanapun wang sebanyak RM1,500 ini hanya boleh dikeluarkan ketika usia mencecah 18 tahun.

Periksa dengan laman web kerajaan negeri anda.

Mungkin ada insentif turut disediakan buat anak yang baru lahir.

4) Tabung Haji

Banyak kelebihan sebenarnya bila anda membuka akaun Tabung Haji untuk anak anda yang baru lahir.

Antaranya simpanan tersebut dijamin 100% oleh kerajaan, tiada had simpanan dan juga anda boleh daftar haji untuk anak yang baru lahir.

Sebagai ibu bapa, anda boleh buat simpanan tetap setiap bulan untuk dijadikan sebagai dana pendidikan apabila bayi anda sudah besar dan memasuki alam persekolahan.

Dan jangan lupa cepat-cepat daftarkan nama anak untuk Haji!

Simpanan Anak

5) Pelan Takaful

Sebagai ibubapa, anda bertanggungjawab untuk memastikan anak anda mendapatkan rawatan yang terbaik sekiranya mereka mengalami masalah kesihatan.

Dapatkan pelan takaful yang menyeluruh sebagai perlindungan buat anak anda.

Biasanya ada juga plan simpanan/pelaburan yang disertakan sekali dengan takaful.

Pelan Takaful + simpanan ini antara cara terbaik sebagai tabung simpanan anak kerana ia melindungi dua perkara sekaligus!

**

Selain 5 perkara di atas, ada juga perkara yang boleh dibuat untuk simpanan dan pelaburan anak anda seperti membeli emas dan membuka akaun unit amanah.

Sekiranya anda rasa perkongsian ini bermanfaat, SHARE juga artikel ini kepada rakan-rakan anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *