Harta Pusaka : Antara Wasiat, Faraid & Hibah. Bagaimana Nak Ringankan Beban Isteri Selepas Suami Meninggal Dunia?

Hibah Takaful

Pembahagian harta pusaka antara perkara yang paling sensitif bagi kita Orang Melayu. Takut nak bincang hal harta, akhirnya berkelahi antara adik beradik berebutkan harta.

Jadi dalam artikel ini saya akan memberi sedikit penjelasan mengenai harta pusaka.

Di hujung pembacaan ini anda akan dapat faham perkara yang berikut:

  • Salah faham Orang Melayu tentang wasiat.
  • Aturan urus harta pusaka orang yang telah meninggal dunia.
  • Apa yang dimaksudkan dengan hukum faraid? Kenapa perlu faraid?
  • Hibah : Kenapa semakin ramai memilih hibah?
  • Bagaimana mencipta dana perlindungan keluarga sebelum anda meninggal dunia.

Salah faham Orang Melayu tentang wasiat

Kalau dalam drama Melayu, bila masuk babak pengurusan harta pusaka, mesti akan berlaku pergaduhan antara adik beradik kerana si bapa tidak ‘mewasiatkan’ hartanya secara adil.

Contoh lain, anda sebagai bapa, membuat wasiat agar semua anak-anak anda, baik yang lelaki dan mahupun yang perempuan serta isteri mendapat bahagian yang sama rata semuanya.

Nak bagi adil katanya.

Kedua-dua jenis wasiat di atas adalah TIDAK SAH dari segi syarak.

Ini kerana wasiat tidak boleh dibuat untuk ahli waris. Sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah SAW.

Daripada Abi Umamah berkata, “Aku telah mendengar Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda, Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memberikan kepada orang yang berhak haknya, ketahuilah tiada wasiat kepada ahli waris”


(Hadits Riwayat Abu Daud)

Fungsi wasiat sebenarnya ialah untuk memperuntukkan sebahagian harta pusaka si mati kepada SELAIN waris.

Ini kerana, untuk waris si mati, mereka akan mendapat bahagian daripada harta si mati daripada kaedah pembahagian faraid.

Berikut adalah contoh golongan bukan waris yang boleh menerima wasiat :

  1. Anak angkat
  2. Anak tiri
  3. Ibubapa mertua
  4. Orang miskin yang tiada pertalian darah dengannya
  5. Digunakan untuk sedekah jariah dan waqaf.

Secara mudahnya, mereka yang layak terima wasiat adalah orang-orang yang tidak mempunyai pertalian darah secara langsung dengan si mati.

Harta Pusaka Wasiat

Harta pusaka yang boleh diperuntukkan untuk wasiat adalah sekadar 1/3 (maksimum) daripada jumlah keseluruhan harta.

2/3 bahagian lagi perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.

Kesimpulannya, wasiat adalah satu instrumen pengurusan harta pusaka yang khusus untuk diberikan kepada mereka yang bukan waris.

Aturan urus harta pusaka orang yang telah meninggal dunia

  1. Waris perlu bersepakat melantik seorang pentadbir untuk menguruskan harta pusaka arwah. Ini jika arwah tidak pernah membuat perancangan harta dan melantik wasi semasa hayatnya.
  2. Pentadbir perlu kumpulkan semua dokumen dan maklumat berkaitan harta pusaka arwah.
  3. Menguruskan jenazah arwah menggunakan harta pusakanya. Urusan jenazah termasuklah; memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan.
  4. Pentadbir perlu melangsaikan segala hutang arwah menggunakan harta pusakanya.
  5. Sekiranya pasangan yang masih hidup ingin menuntut hak sepencarian perlu dituntut di Mahkama Syariah.
  6. Pentadbir perlu melaksanakan wasiat (sekiranya ada) yang telah dipesan oleh arwah semasa hayatnya.
  7. Yang terakhir, barulah harta pusaka tersebut (baki yang tinggal) diagihkan kepada semua waris mengikut bahagian faraid.

Apakah pula yang dimaksudkan dengan hukum faraid?

Selepas seseorang meninggal dunia, semua harta si mati perlu dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid yang telah ditetapkan syarak.

Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain).

Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang di benarkan syarak.

Sumber : Laman Web Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan

Tujuan syariat pembahagian harta pusaka melalui faraid adalah untuk memastikan setiap ahli waris yang masih hidup mendapat bahagian yang sepatutnya.

Setiap ahli waris tidak sepatutnya berbalah dan bergaduh berebutkan harta pusaka yang ditinggalkan si mati.

Malangnya hari ini, masih berlaku perbalahan menuntut hak masing-masing antara waris demi berebutkan harta.

Hibah Takaful - Harta Pusaka

Kalau adik beradik berebutkan harta pusaka arwah suami, apa lagi yang tinggal untuk isteri dan anak-anak?

Melalui pembahagian faraid isteri dapat berapa bahagian?

Si isteri akan mewarisi 1/4 daripada harta pusaka jika suami tidak mempunyai anak ataupun cucu daripada anak lelakinya.

Manakala, jika isteri tersebut mempunyai anak ataupun cucu daripada anak lelakinya, bahagiannya dalam harta pusaka arwah suaminya adalah 1/8.

harta pusaka - hibah takaful
Senarai waris yang layak mendapat bahagian dalam faraid

Jika harta pusaka yang ditinggalkan suami dikumpulkan semuanya bernilai RM100,000, bahagian isteri hanyalah RM25,000 jika bahagiannya 1/4 atau RM12,500 jika bahagiannya 1/8.

CUKUP ke untuk membesar anak-anak (jika ada) yang masih kecil?

CUKUP ke untuk bayar sewa rumah ataupun kereta?

CUKUP ke untuk menguruskan perbelanjaan rumah setiap bulan?

Dari mana mereka hendak bergantung harap?

Sebagai seorang isteri yang baru sahaja hilang tempat bergantung, pasti akan merana kena secara tiba-tiba perlu berdikari meneruskan hidup.

Lebih-lebih lagi jika isteri tersebut memang tidak pernah bekerja semasa suami masih hidup.

Bulan pertama, bulan kedua keluarga terdekat dan jiran tetangga mungkin masih boleh tolong, tetapi sampai bila?

Sampai bila nak meminta dan menagih simpati orang?

Hibah Takaful - Harta Pusaka

Hibah : Kenapa semakin ramai memilih hibah?

Cuba tanya diri sendiri soalan ini.

Harta Pusaka

“Agak-agaknya siapa yang saya yakin dapat bantu berikan duit SETIAP bulan untuk perbelanjaan keluarga saya.”

Boleh senaraikan nama-nama tersebut? Sukar kan?

Sebenarnya anda sendirilah yang perlu tolong diri sendiri dan keluarga.

Bukan kawan-kawan, bukan adik beradik ataupun majikan di tempat kerja.

Suami sebagai ketua keluarga perlu memikirkan perkara ini.

Sekarang anda masih hidup dan sihat untuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga.

Bagaimana keadaan keluarga setelah anda tiada?

Bagaimana mencipta dana perlindungan keluarga sebelum anda meninggal dunia.

Buat ‘simpanan’ secara tetap setiap tahun.

Setahun sekali sahaja menyimpan.

Asingkan sebahagian kecil daripada pendapatan tahunan untuk ‘simpanan’ ini.

Walaubagaimanapun, simpanan ini tidak sama seperti anda menyimpan di Tabung Haji ataupun dalam akaun Fixed Deposit.

‘Simpanan’ ini adalah berbentuk geran di mana ia akan dibayar oleh syarikat takaful kepada waris apabila anda meninggal dunia.

Hari ini simpanan ini dikenali sebagai hibah takaful.

Kenapa suami perlu sediakan hibah takaful?

Ini kerana bila suami meninggal, semua aset dan harta akan beku.

Harta Pusaka Hibah
Urusan pencairan aset si mati memakan masa dan kos.

Isteri dan waris memerlukan masa dan tenaga dalam mencairkan aset dan harta suami.

Biasanya memakan masa bertahun juga untuk selesaikan.

Jadi dengan hibah, isteri akan dapat quick access cash untuk meneruskan kehidupan sebelum selesai urusan pencairan aset & harta suami tersebut.

Waris yang lain juga tidak boleh menuntut hak ke atas pampasan hibah takaful tersebut kerana ia adalah hak isteri (jika suami menamakan isteri sebagai penerima).

Wang pampasan hibah juga tidak akan dibekukan seperti harta dan aset suami yang lain kerana hibah tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Islamic Financial Services Act (IFSA) 2013) .

Harta Pusaka : Hibah

Bapa meninggalkan pampasan hibah untuk dana pendidikan anak-anak.

Jadi isteri sebagai penerima hibah dapat menggunakan wang tersebut untuk menguruskan perbelanjaan harian di rumah dan juga membiayai pembelajaran anak-anak.

Kesimpulan

Tanpa menafikan ketelusan dan keberkesanan pembahagian harta pusaka melalui faraid, umat Islam di Malaysia mempunyai alternatif lain untuk menguruskan harta selepas meninggalkan dunia.

Hibah takaful adalah salah satu instrumen terbaik untuk menampung perbelanjaan harian keluarga yang ditinggalkan sebelum harta pusaka lain selamat dibahagi-bahagikan.

Terima kasih kerana membaca perkongsian saya, jangan lupa untuk share dan tinggalkan komen kalau anda ada sebarang soalan.


Nak tahu lebih lanjut tentang hibah?

Jika anda ada persoalan lain tentang hibah, boleh tanyakan terus melalui butang link di bawah.

Saya akan cuba menjawab secepat dan sebaik mungkin.

1 thought on “Harta Pusaka : Antara Wasiat, Faraid & Hibah. Bagaimana Nak Ringankan Beban Isteri Selepas Suami Meninggal Dunia?”

  1. Pingback: Hibah Takaful : Kelebihan Dan Kekurangan Yang Perlu Anda Ketahui – Fakhrur Radzi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *