9 Tips Pengurusan Kewangan Berkesan Untuk Pasangan Yang Baru Berkahwin

Pengurusan Kewangan Pengantin Baru

Perkahwinan bukan sahaja merupakan penyatuan dua jiwa dan jasad. Ia lebih daripada itu.

Dengan kata lain, perkahwinan akan menuntut kita berkongsi segalanya dengan pasangan, daripada sekecil-kecil perkara hinggala sebesar-besarnya.

Semuanya perlu kepada perbincangan.

Daripada sekecil nak makan malam di mana, sehinggalah sebenar merancang untuk persaraan bersama.

#1 Fahamkan bagaimana pasangan anda ‘melihat’ & membelanjakan wang

Bila berkahwin, secara tak langsung kita akan berkongsi semua perkara dengan pasangan kita. Pengurusan duit pun kena berkongsi juga!

Kalau sebelum kahwin kita ni jenis bila ada diskaun je terus nak beli barang make up, atau jenis suka beli video game baru setiap bulan, lepas kahwin kita kena tengok balik.

Sama ada barang yang kita beli tu nanti akan kacau bajet bulanan kita atau tak. Sebab lepas kahwin kita dah ada tanggungjawab.

Belanja

Jadi berbincang dan cubalah faham bagaimana pasangan anda menguruskan dan membelanjakan wang.

Percayalah akan berlaku masalah dalam rumahtangga sekiranya anda tidak cuba faham bagaimana pasangan anda berbelanja.

#2 Bagi yang belum berkahwin, bincang dengan pasangan macam mana nak buat majlis perkahwinan yang meriah tapi sederhana

Betul, majlis perkahwinan adalah majlis di mana pasangan pengantin diraikan seperti seorang raja dan permaisuri.

Siapa yang tak suka orang layan kita macam raja dan permaisuri.

Bukan takboleh, tapi boleh saja kita buat dengan lebih sederhana kosnya. Yang penting meriah.

Kerana kos untuk menguruskan rumahtangga selepas majlis tersebut adalah lebih penting dan banyak.

Rumah, kereta, perbelanjaan dapur dan semua bil utiliti tu lebih patut diutamakan.

#3 Bincang dengan pasangan tentang financial goals masing-masing

Anda dan pasangan pasti ada impian tersendiri.

Mungkin ingin memiliki rumah idaman, kereta mewah atau bersara di usia 40 tahun.

Semua impian ini perlukan perancangan yang teliti dari tahun pertama perkahwinan anda lagi.

Bincangn dengan pasangan, selepas 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun bagaimana status kewangan kalian.

#4 Buat bajet yang realistik untuk perbelanjaan anda (dan stick dengan bajet tersebut)

Sekarang semakin ramai yang ada kesedaran untuk buat unjuran bajet setiap bulan agar tidak sesak di tengah dan hujung bulan.

Bagus. Cuma ramai juga yang hanya mampu buat bajet tapi tak berdaya untuk ikut bajet yang dah ditetapkan tu.

Kita semua sedia maklum, memang sangat sukar nak melawan godaan nafsu untuk berbelanja.

Lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan pembelian atas talian sekarang, semuanya semudah beberapa klik sahaja.

#5 Rancang awal pelan persaraan anda. Takkan anda nak bekerja sampai ke hujung nafas terakhir?

Huraian kepada poin financial goals, pelan persaraan adalah antara goal yang mesti setiap pasangan fikirkan.

Jabatan Perangkaan Malaysia ada keluarkan satu laporan mengenai jangka hayat hidup rakyat di Malaysia.

Boleh baca laporan tersebut di sini : https://bit.ly/2TyxnOc

Daripada laporan tersebut, secara purata pada tahun 2017, seorang rakyat Malaysia dapat hidup sehingga 74.8 tahun.

Anda rasa anda masih lagi nak bekerja pada usia tersebut?

Kalau taknak, anda dah rancang macam mana anda nak terus hidup tanpa perlu bekerja mencari duit?

#6 Anda dan pasangan kena sentiasa terbuka untuk membincangkan masalah kewangan.

Ini mungkin antara punca utama berlakunya bergaduhan dan retaknya rumahtangga.

Biasanya masalah kewangan bermula kecil, tapi bila dibiarkan dan tidak dibawa berbincang dengan pasangan, masalah tersebut menjadi besar.

Contohnya masalah hutang, suami biasanya akan sembunyikan daripada isteri kerana sifat ego yang tinggi tidak mahu dipandang lemah.

Isteri pula, seboleh mungkin tidak mahu beritahu suaminya perbelanjaan sampingan kerana takut dimarahi.

Oleh itu, janganlah sembunyikan sebarang perbelanjaan atau hutang daripada pasangan anda. Nanti mesti akan timbul masalah.

Tips Kewangan Suami Isteri

#7 Buat perancangan keluarga seawal mungkin.

Anak adalah rezeki.

Jangan sesekali mengangap bahawa anak penyebab kepada kemiskinan. Allah telah berfirman.

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.

(al-Israa’ : 31)

Seperti rezeki wang, tempat tinggal dan kereta, rezeki anak ini juga harus diuruskan sebaiknya.

Tips Kewangan Pasangan Muda

Antara hak seorang anak yang perlu ibubapa tunaikan adalah hak pendidikan. Berikan pendidikan yang terbaik untuk anak.

Bercakap mengenai pendidikian, kos untuk pendidikan anak di Malaysia (daripada taska asuhan sehingga ke universiti) secara puratanya adalah RM400,000!

Jadi buatlah perancangan keluarga seiring dengan perancangan kewangan anda.

#8 Bersedia untuk masa-masa kecemasan.

Sakit, accident dan meninggal dunia adalah kecemasan yang kita tak boleh jangka.

Tips Kewangan Suami Isteri

Cuba fikir-fikirkan, siapa yang dapat bantu keluarga anda jika anda ditimpa salah satu daripada musibah ini?

Siapa yang nak biaya kos perubatan bila anda atau keluarga menghadapi penyakit kronik macam kanser dan kencing manis?

Siapa yang nak bayarkan kos persekolahan anak sekiranya anda meninggal dunia?

Siapa yang nak tolong isteri anda uruskan perbelanjaan rumah setiap hari jika tiada orang yang bekerja mencari duit?

Jadi sebelum terjadi, lindungi keluarga anda selengkapnya dengan pelan takaful.

Baca juga : Bagaimana Nak Ringankan Beban Isteri Selepas Suami Meninggal Dunia?

Ingat jangan mencarum Insurans konvesional kerana telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sebab selain perlindungan, kita juga nak barakah dalam kehidupan kita. Kalau kita ambil produk yang haram, macam mana nak dapat barakah?

Oleh itu cari perunding takaful dan berbincang cara terbaik untuk lindungi keluarga anda.

#9 Mula melabur

Melabur adalah satu instrumen kewangan di mana kita mempunyai lebihan wang yang boleh digunakan untuk memperbanyakkan lagi wang tersebut.

Bahagikan tempat-tempat pelaburan. Kalau takberani, simpan saja duit dalam tempat-tempat yang berikan dividen yang tinggi setiap tahun. Macam Tabung Haji dan Amanah Saham Berhad.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *