Bila Waktu Terbaik Untuk Anda Ambil Pelan Takaful?

Hari ini kebanyakan masyarakat secara umumnya telah memahami kepentingan perlindungan takaful atau insurans.

Daripada pemerhatian saya secara rawak, kebanyakan prospect yang saya tanya telah pun buat survey pelan takaful mana yang terbaik untuk mereka.

Tetapi, mereka masih lagi teragak-agak dan menunggu masa yang sesuai untuk mengambil pelan perlindungan takaful.

Jadi di sini saya akan kongsikan 3 waktu terbaik untuk anda ambil pelan takaful.

1) 2 tahun sebelum menghidap penyakit kritikal

Bila masa terbaik ambil  takaful

Hampir semua syarikat takaful meletakkan tempoh 2 tahun sebagai incostestable period.

Apakah maksud tempoh 2 tahun ini?

Maksudnya adalah, dalam tempoh 2 tahun pertama penyumbang membayar takaful, sekiranya mereka ditimpa salah satu daripada penyakit kritikal seperti sakit jantung dan kanser, syarikat takaful berhak untuk membuat siasatan terhadap penyakit tersebut.

Kebiasaannya proses siasatan mengambil masa yang agak lama dan rumit.

Sekiranya didapati penyakit tersebut telah pun ada semasa penyumbang mula-mula mengambil takaful, maka syarikat takaful berhak untuk tidak memberikan pampasan atau membayar kos perubatan penyakit tersebut.

Keputusan sebegini adalah supaya mengelakkan berlaku penipuan oleh penyumbang yang mengambil takaful apabila telah mengetahui menghidapi penyakit kritikal.

Ini bagi melindungi dana takaful yang disumbang oleh orang lain daripada digunakan oleh penyumbang yang telah sedia sakit semasa mula-mula menyumbang.

Bayangkan duit yang anda bayar setiap bulan, digunakan untuk mereka yang sengaja sembunyikan penyakit mereka ketika mengambil takaful.

Takkan nak bagi penipu mengambil hak kita dan orang lain yang bayar?

Jadi, pastikan sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum anda mendapat sakit kritikal, anda ambil takaful.

2) 6 bulan sebelum masuk hospital

Untuk medical card, secara umumnya, syarikat meletakkan tempoh 6 bulan (paling lama) untuk membolehkan penyumbang menggunakannya (kecuali untuk sakit kritikal)

Jadi dalam tempoh 6 bulan pertama setelah mengambil takaful, masih ada risiko untuk penyumbang tidak dapat gunakan medical card.

Tetapi banyak juga kes yang terjadi, baru beberapa bulan mengambil takaful medical card (sebelum 6 bulan), tapi terpaksa masuk wad kerana sakit, syarikat takaful masih membiayai kos perubatan penyumbang tersebut.

Cuma masih ada kemungkinan syarikat tidak membayar kerana perlukan siasatan dan sebagainya.

Untuk syarikat AIA dan juga beberapa syarikat takaful lain, tempoh menunggu untuk gunakan medical card adalah 120 atau 3 bulan.

Bila waktu terbaik ambil pelan takaful

3) Sehari sebelum meninggal dunia

Jika hari ini anda ambil takaful, esok anda meninggal dunia maka janga risau sebab keluarga anda sudah pun dilindungi.

Jadi keluarga anda tidak akan ditinggalkan dengan beban perlu meneruskan kehidupan tanpa anda.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda meninggal dunia disebabkan penyak-penyakit tertentu, ia berbalik kepada situasi pertama tadi.

Pihak syarikat takaful berhak membuat siasatan dan memutuskan sama ada keluarga anda layak untuk menerima pampasan kematian atau tidak.

Kesimpulan

Takaful adalah sebuah konsep tolong menolong antara satu sama lain.

Konsep yang sama seperti menyertai khairat kematian.

Bila masa terbaik ambil takaful

Duit yang kita sumbang setiap bulan itu, bertujuan untuk membantu penyumbang lain yang ditimpa musibah.

Beruntung mereka yang menyumbang setiap bulan ke dalam takaful dan berniat untuk sedekah. Pahalanya berjalan terus!

Dalam pada masa yang sama, syarikat takaful adalah badan yang menguruskan dana sumbangan yang dikumpulkan dan bertanggungjawab mengagihkan duit tersebut secara amanah kepada peserta yang menyumbang.

Sebab itu, terdapat syarat yang dikenakan untuk menyertai takaful; iaitu sihat.

Bila anda sudah sakit, syarikat takaful tidak dapat benarkan untuk anda sertai kerana anda akan mengambil hak penyumbang lain secara salah.

Saya pernah jumpa orang yang sanggup bayar sumbangan bulanan yang tinggi semata-mata untuk sertai takaful, tapi malangnya tak boleh sebab beliau sudah pun menghidap penyakit.

Saya juga berjumpa ramai yang masih sihat dan mempunyai duit, tetapi sayangnya masih belum ada kesedaran untuk mengambil takaful.

Begitulah fitrah manusia, sudah terhantuk baru tengadah.


Sedang Mencari Pelan Takaful Terbaik Untuk Keluarga?

Hubungi saya di talian 019-30171269 dan dapatkan perkhidmatan consultation secara percama ataupun klik butang di bawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *