Panduan Lengkap Memilih Pelan Perlindungan Takaful

Panduan Pilih Pelan Takaful

NOTA PENTING : Pastikan anda ikut langkah-langkah berikut sebelum anda berjumpa dengan mana-mana ejen takaful!

Perkongsian ini khusus untuk mereka yang belum mempunyai apa-apa pelan perlindungan takaful dan bercadang untuk memilikinya.

Sekiranya anda masih belum faham kenapa perlu ada perlindungan takaful, baca dulu posting ini.

Tahniah atas kesedaran anda yang ingin ambil tahu tentang kepentingan takaful untuk masa depan diri sendiri dan keluarga. Persoalannya.

Syarikat Takaful mana yang terbaik?
Pelan Takaful apa yang patut diambil?
Berapa bajet yang saya perlu ada?

Jadi dalam posting ini saya akan ceritakan satu per satu langkah yang perlu anda lakukan sebelum anda buat keputusan untuk ambil plan takaful.

Langkah 1 – Kenal Pasti Jumlah Perlindungan Yang Anda Perlukan

Sebelum berjumpa dengan mana-mana ejen takaful, anda perlu kenal pasti dulu, berapa jumlah perlindungan yang anda perlukan.

Yang ini anda kena buat sendiri.

Elakkan daripada minta ejen takaful buatkan.

Sebab anda sendiri yang tahu komitmen, hutang dan status kewangan anda.

Tips Memilih Pelan Takaful

Ansuran rumah, hutang kereta, yuran sekolah anak dan perbelanjaan barang dapur.

Semua ni anda sendiri yang tahu, bukan ejen takaful.

Melainkan anda bersedia nak ceritakan satu persatu perbelanjaan anda pada ejen.

Macam mana nak kira jumlah perlindungan yang anda perlukan?

Ada dua kaedah. 

#1 Kaedah Income Liquidation

Kaedah ini lebih sesuai untuk mereka yang baru sahaja mendapat kerja pertama selepas graduasi ataupun mereka yang baru sahaja berkahwin.

Caranya adalah dengan mengira jumlah perbelanjaan sebulan, kemudian darabkan dengan jumlah bulan yang anda ingin lindungi.

Berdasarkan ayat Al-Quran daripada Surah Al-Baqarah ayat 240, sekurang-kurangnya anda perlu lindungi keluarga sekurang-kurangnya setahun.

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. 

Al-Baqarah : 240

Jadi sebagai contoh, andai kata sekarang perbelanjaan setiap bulan anda adalah RM2000, dan ingin dilindungi selama setahun (12 Bulan), maka jumlah yang perlu dilindungi adalah RM24,000 (RM2000 X 12 bulan).

Walaubagaimanapun, jumlah perlindungan ini hanyalah sebagai permulaan.

Nanti apabila pendapatan anda semakin bertambah, eloklah tambah juga perlindungan tersebut lebih daripada setahun.

Semakin tinggi perlindungan, semakin baik kehidupan yang anda sediakan kepada keluarga anda sekiranya satu hari nanti anda tidak lagi boleh bekerja.

#2 Kaedah Capital Protected

Tips Memilih Pelan Takaful

Untuk yang lebih advance, kira perbelanjaan bulanan anda untuk 11 tahun terus.

Contoh yang sama, perbelanjaan sebulan anda adalah RM2000. Jadi setahun anda perlukan RM24,000 untuk perbelanjaan keluarga.

Jadi untuk perlindungan 11 tahun, jumlah perlindungan yang keluarga anda perlukan adalah RM264,000 (RM24,000 X 11 Tahun).

Kenapa 11 tahun?

Daripada RM264,000 ini, keluarga boleh gunakan RM24,000 untuk perbelanjaan setahun dan bakinya RM240,000 disimpan dalam mana-mana instrumen yang akan memberikan pulangan dividen.

Jadi, untuk tahun-tahun berikutnya, perbelanjaan keluarga akan dibiayai oleh dividen daripada simpanan tersebut tanpa mengusik pun RM240,000.

Contoh instrumen yang ada termasuklah Tabung Haji, Amanah Saham, Unit Amanah dan Fixed Deposit.

Sebab itulah dinamakan Capital Protected kerana wang pokok RM240,000 tidak diusik langsung tetapi keluarga dapat meneruskan kehidupan melalui dividen yang diperoleh.

Langkah 2 – Kenal Pasti Priority Risiko Yang Ingin Dilindungi

Antara perkara yang sering kita terlepas pandang adalah pemilihan pelan atau risiko apa yang kita lindungi.

Tips Memilih Pelan Takaful

Setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai jenis risiko.

Ada yang kerjanya berisiko tinggi seperti bekerja di tapak pembinaan atau bekerja di pelantar minyak.

Ada pula yang dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai sejarah pernah menghidap penyakit seperti diabetes dan kanser.

Jadi kenal pasti anda berhadapan dengan risiko yang macam mana.

Secara asasnya, risiko yang semua tidak dapat elak adalah kematian.

Jadi pelan takaful hayat adalah pelan yang mesti diberi keutamaan.

Tapi anda perlu fahamkan betul-betul polisi yang anda sign, sebab pernah terjadi, seorang kenalan bertanya kepada saya tentang polisi takaful yang beliau ambil.

Beliau ditawarkan pelan takaful oleh sebuah bank melalui panggilan telefon, dengan sumbangan bulanan yang agak murah, beliau terus bersetuju.

Selepas setahun menyumbang, beliau bertanya kepada saya tentang polisi beliau dan selepas saya selidik, rupanya pelan yang beliau ambil HANYA lindungi beliau sekiranya berlaku kemalangan SAHAJA.

Meninggal dunia kerana kemalangan, sakit kerana kemalangan, wang pengurusan jenazah kerana kemalanagan. Itupun tidak banyak, pampasan sekitar RM20,000 sekiranya meninggal dunia.

Bagaimana jika beliau meninggal dunia disebabkan sakit? Atau sebab-sebab natural?

Jadi anda kena pastikan dulu, risiko apa yang nak anda lindungi.

Mungkin anda jenis perlu banyak travel outsation untuk kerja atau anda menunggang motorsikal ke tempat kerja, jadi anda perlu perlindungan daripada kemalangan kenderaan.

Kalau dah ada history keluarga ada yang pernah ada kanser, ambil juga perlindungan kanser.

Jadi kenalpasti anda berada dalam kategori risiko yang bagaimana. Kemudian pilih prioriti risiko yang perlu dilindungi mengikut bajet yang ada.

Langkah 3 – Tetapkan Bajet Yang Realistik

Tips Pilih Pelan Takaful

Bila bercakap pasal bajet ni, ia perkara yang agak personal dan berbeza ikut setiap individu.

Tiada general rules untuk bajet terbaik bagi perlindungan takaful yang suit untuk semua orang.

Cuma pakar kewangan biasanya meletakkan, jumlah maksimum yang diperuntukkan untuk perlindungan takaful adalah tidak lebih 10% daripada pendapatan kita.

Walaubagaimanapun, elakkan mengambil pelan takaful yang terlalu murah sehingga ia langsung tidak melindungi kita secara keseluruhan pun. Macam kes tadi.

Tapi untuk permulaan tidak mengapa ambil perlindungan yang rendah daripada langsung tiada perlindungan.

Kalau gaji anda sehingga RM5000, tapi nak ambil takaful RM200 pun berat hati sebab duit hujung bulan pun cukup-cukup sahaja, mungkin anda perlu semak dan perbaiki cashflow balik.

Ingat, takaful adalah perkara paling asas dalam pengurusan kewangan yang berkesan.

Kalau pengurusan kewangan ni kita ibaratkan seperti sebuah pasukan pemain bola sepak, takaful adalah bahagian pertahanan.

Tiada gunanya kita sibuk simpan duit, buat pelaburan sana-sini (posisi menyerang) tapi tak lindungi risiko kewangan kita (posisi pertahanan) .

Tips Memilih Pelan Takaful

Langkah 4 – Fahamkan Pelan Dan Pilih Keutamaan

Secara umum masih ramai lagi yang belum faham maksud takaful atau insurans.

Masih ada lagi yang menganggap takaful atau insurans itu adalah kad perubatan semata-mata atau pampasan yang waris akan dapat jika penyumbang meninggal dunia.

Secara permukaannya kefahaman sebegitu tidaklah salah, cuma tidak berapa tepat dan lengkap.

Takaful adalah sebuah konsep dalam hukum muamalat Islam. Konsepnya sama seperti tabung khairat kematian masjid.

Syarikat-syarikat takaful mengguna pakai konsep ini untuk mempromosikan produk-produk mereka.

Dari situ lahirlah medical card, pampasan hibah, income protection plan dan banyak lagi produk lain.

Ada produk yang stand alone ada juga yang mempunyai simpanan dan pelaburan

Adakah anda perlu semua produk tersebut?

Bergantung. Mungkin ya mungkin tidak.

Yang mana yang patut anda ambil?

Pilih keutamaan.

Macam mana nak pilih priority?

  1. Kenal pasti risiko yang mungkin anda bakal hadapi
  2. Tengok bajet bulanan yang mampu anda sumbangkan untuk tabung takaful.

Syarikat mana yang bagus?

Panduan Pilih Pelan Takaful
Senarai Syarikat Takaful Yang DIkawal Selia Oleh Bank Negara Malaysia (BNM)

Langkah 5 – Cari Bantuan Ejen Takaful Yang Ada Kredibiliti

Di Malaysia, syarikat insurans dan takaful masih lagi menggunakan khidmat ejen sebagai orang tengah.

Tujuannya adalah bagi memudahkan pelanggan berurusan apabila perlukan bantuan.

Tips Memilih Pelan Takaful

Saya kongsikan beberapa tips untuk anda cari ejen takaful. Sangat praktikal untuk orang yang tiada latarbelakang kewangan!

  1. Perkara pertama sekali adalah memastikan ejen tersebut betul-betul sah berdaftar dengan Malaysian Takaful Association (MTA).
  2. Tak menjadi masalah kalau ejen tersebut bukan kenalan anda kerana seperti profession doktor, tugas mereka adalah memberi service yang profesional. Utamakan profesionalisme sebelum kaum kerabat. Tapi kalau dapat kenalan yang profesional lagi bagus!
  3. Elakkan ejen takaful yang terlalu ‘menjual’ dengan anda. Pilih mereka yang cenderung untuk mendidik daripada menjual.
  4. Perhatikan cara penerangan ejen takaful. Tanya soalan sebanyak mungkin dan anda akan dapat tahu tentang pengetahuan ejen tersebut mengenai produk dan isu kewangan secara umum.
  5. Sebolehnya pilih ejen takaful sepenuh masa. Bukan ejen yang hanya jadikan kerja takaful sebagai side income. Anda mungkin akan alami masalah bila perlukan bantuan ejen takaful separuh masa.

Kesimpulan

Keputusan untuk memiliki pelan takaful mungkin adalah keputusan yang besar dalam kehidupan kerana sumbangan komitmen bulanan yang perlu dibayar.

Jadi tidak salah untuk kita mengambil sedikit masa untuk membuat kajian dan perbandingan pilihan yang terbaik untuk kita.

Sekiranya anda ikut langkah yang saya kongsikan ini, saya percaya pasti anda akan lebih mudah untuk membuat keputusan.

Cuma nasihat saya, jangan terlalu lama dalam ‘mood’ survey sebab tiada siapa yang boleh jamin hari esok kita masih boleh bangun pagi dan bekerja seperti biasa.


Sedang Mencari Pelan Takaful Terbaik Untuk Keluarga?

Jika anda sedang bercadang untuk memiliki pelan takaful, ikuti langkah-langkah di atas, supaya nanti saya atau mana-mana ejen takaful tidak mudah mempengaruhi keputusan anda.

Sekiranya ada soalan yang ingin ditanyakan, boleh terus hubungi saya ataupun hantrakan soalan anda di bahagian komen.

Atau anda perlukan konsultasi untuk pelan takaful, juga boleh terus hubungi saya.

Ini apa yang anda akan dapat selepas sesi konsultasi :

  • Sebenarnya untuk mencipta dana perlindungan (income protection plan), hanya sedikit simpanan diperlukan setiap bulan. Bermula serendah RM50 sebulan! *Berbeza mengikut umur, pekerjaan & keperluan anda.
  • Pengurusan risiko kewangan; kemalangan, sakit kritikal dan kematian adalah risiko yang tidak dijangka, bagaimana menguruskannya?
  • Penerusan legasi anak-anak; bagaimana keadaan mereka sekiranya anda sebagai ibubapa sudah tiada ataupun tidak mampu lagi bekerja?
  • Pelan persaraan; bagaimana merancang kehidupan selepas bersara, terutama dari sudut kewangan.

1 thought on “Panduan Lengkap Memilih Pelan Perlindungan Takaful”

  1. Pingback: Perkongsian Sebenar : 11 Persediaan Untuk Menghadapi “Pemergian” Pasangan Anda – Fakhrur Radzi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *