Perkongsian Sebenar : 11 Persediaan Untuk Menghadapi “Pemergian” Pasangan Anda

persediaan sebelum pasangan anda tiada

Disklaimer : Artikel ini disunting dan diolah daripada perkongsian Puan Solah Hiyah di laman Facebook beliau yang bercerita tentang pengalaman dirinya apabila suami meninggal dunia.


Pengalaman kehilangan my other half membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti.

Perkara yang PASTI berlaku.

Ianya samada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan.

11 Perkara Yang Mesti Kita Bersedia

1. Mesti tahu dan faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.

2. Sentiasa berdoa supaya kita dan pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.

Harta Pusaka: Hibah

3. Perlu saling mempercayai pasangan kita.

Maklumkan kepada pasangan password handphone, email, MyEG, nombor pin kad ATM dan yang berkaitan.

Nombor pin kad ATM perlu supaya boleh keluarkan duit yang ada sebelum dibekukan.

Tapi kena ingat, semua duit yang dikeluarkan tu perlu diagihkan mengikut pembahagian faraid, sebab itu dah jadi harta pusaka arwah.

4. Buat salinan IC pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak dan IC semua anak-anak.

Simpan di dalam satu fail berserta salinan original.

Bawa fail ini bila membuat semua urusan bkaitan.

5. Maklumkan kepada pasangan semua tentang:

  • Tanggungan (bil-bil bulanan, kad kredit, pinjaman bank dan hutang)
  • Aset (rumah, tanah atau duit simpanan) yang ada.

Ini akan memudahkan banyak urusan untuk uruskan hutang dan harta yang ditinggalkan.

“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yang meninggal akan lebih susah jika hutang-hutang dan harta pusaka tidak diurus dengan segera”

Jika kita betul-betul sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.

6. Hubungi pihak bank yang berkaitan supaya outstanding bill tidak dikira faedahnya.

Kita juga boleh claim khairat kematian daripada bank, insurance (takaful), Socso, EPF dan lain-lain.

Beberapa tempat ni ada time limit untuk claim.

Contohnya, EPF dalam tempoh 6 bulan dan Bank Rakyat hanya dalam masa 3 bulan sahaja.

Kalau lewat, hangussss.

Pastikan juga semua akaun di atas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir. (Buat masa pasangan masih hidup)

*SOCSO ada pencen bulanan untuk waris.

7. Kepada para isteri, belajar mengenai IDDAH.

Tempoh iddah adalah 4 BULAN 10 HARI.

Bukan 44 hari ye.

8. Ambil tahu mengenai pengagihan harta.

Apa itu FARAID.

Perlu tahu siapa yg berhak ke atas harta yang ditinggalkan dan berapa banyak yang perlu diagihkan.

PENAMA bukanlah bermakna harta ditinggalkan 100% kepada mereka.

Penama WAJIB menguruskan pembahagian harta mengikut syariat yang telah ditetapkan.

Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM!

Harta Pusaka : Hibah

9. Jika berkemampuan, mencarumlah dengan mana-mana takaful untuk semua pinjaman bank, diri sendiri dan keluarga.

Wang tuntutan takaful boleh membantu melangsaikan hutang-hutang, meneruskan kelangsungan hidup serta boleh disedeqahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.

Money is not everything, but everything needs money

Baca juga : Panduan Lengkap Memilih Pelan Perlindungan Takaful

10. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga dan sesiapa sahaja.

Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan dan tidak berdaya.

11. Bersedialah daripada sekarang.

Jangan tunggu-tunggu lagi sebab Malaikat Maut boleh datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Panggil pasangan dan bincangkan perkara ini.

Dengan sedikit perkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama para isteri) tidak akan hilang punca.

Allahualam.


Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai perancangan pusaka, boleh tanyakan terus melalui butang link di bawah.

Saya akan cuba menjawab secepat dan sebaik mungkin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *