4 Tips Usahawan Merancang Pelan Perwarisan Perniagaan

Sebagai seorang usahawan, pernahkah kita terfikir bagaimana perniagaan yang dijalankan dapat terus beroperasi walaupun selepas kita tiada nanti?

Tak kisahlah anda sebagai usahawan yang mempunyai pendapatan ratusan ribu malah jutaan ringgit setahun mahupun anda hanyalah usahawan kecil, pernahkah anda bagaiman perniagaan anda selepas ketiadaan anda.

Siapa yang akan menguruskannya?

Bagaimana nasib para pekerja?

Adakah perniagaan kita akan turut mati setelah kita mati?

Perkara ini seharusnya bermain di minda seorang usahawan, tidak kira yang masih muda atau pun yang telah lanjut usia.

Ini kerana, perancangan pewarisan perniagaan adalah suatu kemestian yang dilakukan oleh semua usahawan.

Sesetengah usahawan ingin ‘bersara’ awal dan menyerahkan urusan perniagaan kepada anak. Mereka mahu menikmati kehidupan selepas bersara lebih awal.

Ada pula usahawan yang ingin terus mengemudi perniagaannya sehingga ke hujung usia. Sama ada mereka memang gemar betul menguruskan perniagaannya ataupun mereka sukat mempercayai generasi pelapis.

Apa jua pilihan seorang usahawan kedua-duanya merancang pelan perwarisan perniagaan kerana akhirnya masa seorang usahawan tetap akan tamat dengan berakhirnya hayat.

Hak Pengurusan dan Hak Milik

Sebelum membuat perancangan pewarisan perniagaan, perlu difahami terlebih dahulu perbezaan di antara Hak Pengurusan dan Hak Milik (Management vs. Ownership). 

Kedua-duanya adalah perkara yang berbeza.

Contoh mudah, kita sebagai usahawan berhasrat untuk menyerahkan tanggungjawab menguruskan perniagaan kepada anak yang dirasakan paling berpotensi untuk menguruskannya dan dalam masa yang sama memberikan saham pemilikan yang sama rata kepada semua anak-anak.

Bagi tujuan ini, seharusnya usahawan mendapatkan bantuan daripada perancang kewangan profesional dan juga peguam yang terlibat secara langsung dengan perancangan pewarisan perniagaan.

Mereka akan dapat membantu dalam memberikan khidmat nasihat serta strategi terbaik bagi memastikan pewarisan perniagaan berjalan dengan baik.

Bahkan mereka juga akan mencadangkan strategi terbaik untuk meminimakan cukai semasa proses pewarisan tersebut.

Tips Perancangan Pewarisan Perniagaan

#1 Bila perlu merancang?

Tiada istilah terlalu awal atau terlalu lambat, melainkan jika usahawan tersebut meninggal dunia sebelum membuat perancangan.

Perancangan pewarisan hakikatnya adalah satu strategi keluar (exit strategy) usahawan dalam sesebuah perniagaan.

Sampai bila nak uruskan perniagaan?

Berniaga bukan macam bekerja kerajaan, ada masa pencen dan dalam masa sama masih terima pendapatan (pencen).

#2 Libatkan ahli keluarga

Realitinya, kita sebagai usahawan pasti lebih cenderung untuk mewariskan perniagaan kepada ahli keluarga sendiri, sama ada hak pengurusan mahu pun hak pemilikan.

Oleh itu, libatkan ahli keluarga dalam perbincangan pewarisan tersebut.

Jangan buat keputusan selagi tidak mendapat input daripada mereka.

Boleh jadi ada ahli keluarga yang mahu menyumbang secara langsung dalam pengurusan perniagaan dan boleh jadi mereka hanya mahu terima bahagian saham pemilikan tanpa pening kepala bab pengurusan.

Kuncinya adalah berbincang dan dapatkan pandangan daripada ahli keluarga.

#3 Latih pewaris perniagaan yang telah dilantik

Beri dia kepercayaan dan tanggungjawab menguruskan jabatan, projek dan kerja-kerja yang terdapat dalam perniagaan.

Letak satu tempoh masa untuk melihat perkembangan prestasi pewaris tersebut, sama ada dia memang benar-benar layak atau pun perlu mencari pengganti lain.

#4 Dapatkan khidmat nasihat profesional

Peguam, akauntan dan perancang kewangan profesional akan dapat membantu usahawan melicinkan lagi proses pewarisan perniagaan.

Sekiranya berlaku sebarang gangguan (hiccup) dalam proses pewarisan tersebut, golongan profesional yang mempunyai kepakaran dalam pewarisan perniagaan akan menyediakan jalan keluar supaya proses dapat berjalan lancar.

Kesimpulannya, perancangan pewarisan perniagaan hakikatnya memerlukan kolaborasi golongan profesional dan juga pandangan daripada ahli keluarga juga sekiranya usahawan mahu mewariskan perniagaan kepada keluarga.


Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai perancangan pusaka, boleh tanyakan terus melalui butang link di bawah.

Saya akan cuba menjawab secepat dan sebaik mungkin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *