Kenapa Ada Dokumen Hibah Yang Tidak Disahkan Oleh Mahkamah Syariah

“Arwah habiskan beribu ringgit untuk buat dokumen hibah. Hasratnya nak hibahkan rumah yang kami duduk ni kepada saya, sebab arwah ada anak-anak dari perkahwinan sebelumnya.

Jadi mengikut faraid mereka juga ada hak terhadap pusaka arwah. Walaubagaimanapun oleh kerana anak-anak arwah semuanya dah besar dan mempunyai keluarga (dan kehidupan) sendiri, jadi arwah fikir saya sebagai isteri dan surirumah sepenuh masa lebih memerlukan rumah ini. 

Sebab itu arwah semasa hidup buat dokumen hibah ni.

Sekarang arwah dah tiada, tiba-tiba Mahkamah Syariah kata hibah yang dibuat tu tak sah pula!” 


Biasanya masalah ini terjadi apabila si pembuat (atau penerima) hibah tidak memahami dahulu konsep sebenar hibah. 

Tak betul-betul tahu dan faham rukun dan syarat yang mesti dipenuhi untuk Mahkamah Syariah mengesahkan satu-satu kes hibah tersebut.

Apakah dia rukun dan syarat sah bagi satu-satu kes hibah tersebut?

Rukun Hibah

1. Pemberi Hibah (Wahib) – Pemberi hibah mesti seorang yang waras, akil baligh dan tidak dipaksa untuk menghibahkan hartanya.

2. Penerima Hibah (Mawhub Lahu) – Penerima hibah perlulah seseorang yang boleh menguruskan harta; berakal, dewasa & tidak cacat akalnya. Kalau nak hibahkan harta pada anak di bawah umur perlu melantik seorang pentadbir yang akan menguruskan harta tersebut.

3. Harta Yang Dihibahkan (Mawhub) – Harta yang hendak dihibahkan itu mestilah harta yang halal, bernilai di sisi syarak, milik si pemberi hibah, mampu diserahkan kepada penerima hibah dan wujud ketika harta berkenaan dihibahkan.

4. Aqad Hibah (Ijab & Qabul) – Lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah.

Syarat Luzum – Al-Qabd

Perbuatan secara fizikal sebagai simbolik penerimaan oleh penerima hibah yang membenarkan berurusan atau bertasarruf dengan harta yang diterima. 

Jadi untuk satu-satu dokumentasi hibah itu sah dan diterima dalam Mahkamah Syariah, semua rukun dan syarat ini mesti dipenuhi.

Jika ada satu sahaja yang tiada atau tidak sempurna, maka Mahkamah Syariah boleh terus menolak pengesahan dokumen hibah tersebut. 

“Mudah je. Sekarang kan banyak template dokumen hibah ada kat internet. Buat sendiri lagi jimat.”

Biasanya apa yang terjadi adalah, masyarakat yang ingin membuat dokumentasi hibah tidak betul-betul selidik organisasi, syarikat mahupun individu yang mendakwa mereka pakar dalam menyediakan dokumen hibah. 

Adakah mereka benar-benar arif, berpengalaman dan mempunyai autoriti menguruskan dokumentasi hibah?

Jika yang mendakwa mempunyai kepakaran itu adalah sebuah syarikat, adakah mereka mempunyai panel penialain syariah dan perundangan yang akan menilai setiap dokumentasi yang dibuat itu sah serta patuh kepada undang-undang?

Yakinkah kita dengan bantuan dan perkhidmatan yang akan dihulurkan oleh individu atau syarikat tersebut selepas berlaku kematian si pembuat hibah?

Oleh itu sangat penting untuk sesiapa sahaja yang mempunyai hasrat untuk membuat apa-apa jua bentuk perancangan harta; baik wasiat,  hibah atau waqaf, semak secara teliti dengan siapa kita dapat konsultasi dan perkhidmatan. 

Ini kerana hibah, wasiat atau apa sahaja dokumen perancangan harta yang kita buat sekarang, kesannya ialah jangka panjang selepas kematian kita.

Semasa hidup memang dokumen-dokumen tersebut belum dilaksanakan lagi, jadi proses undang-undangnya kita tidak tahu dia sah atau tidak.

Dokumen ini semua akan dilaksanakan selepas kematian kita.

Cuba bayangkan hari ini kita buat dokumen hibah tapi lepas kita meninggal dunia, tiba-tiba dokumen yang kita buat tak sah. Kesian pada isteri.

Nak hibahkan rumah?

Baca di sini.

Cara Hibah Rumah

Ketika itu, kalau dokumen tidak dapat disahkan oleh Mahkamah Syariah, maka warislah yang akan terbeban dan si mati yang telah membuat hibah semasa hayatnya hanya membazir wang sahaja.

Kesimpulannya, semak dan pastikan dahulu dengan siapa kita berurusan sebelum membuat apa-apa bentuk perancangan harta.

Jika berurusan dengan peguam, pastikan peguam tersebut betul-betul arif dan berpengalaman menguruskan kes harta pusaka. 

Jika mahu betul-betul selamat, lebih mudah berurusan dengan syarikat amanah yang memang mempunyai autoriti dan pengalaman yang luas menguruskan harta pusaka.

Contohnya seperti Syarikat Amanah Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) yang telah berpengalaman mengendalikan proses dokumentasi hibah dan pelaksanaan serta pengesahannya di Mahkamah Syariah sejak tahun 2004 lagi.

Sebarang urusan dokumentasi perwarisan harta termasuklah hibah dijamin mempunyai autoriti dan absah dari sudut pelaksanaannya.


Sekiranya anda mempunyai persoalan mengenai perancangan pusaka, boleh tanyakan terus melalui butang link di bawah.

Saya akan cuba menjawab secepat dan sebaik mungkin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *